Penguatkuasaan Akta Antiberita Tidak Benar Strategi Kerajaan Untuk Menghadapi Pilihanraya?

TULAR:
90

PENJELASAN:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said memperjelaskan dakwaan bahawa Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang dikuatkuasakan adalah strategi kerajaan untuk menghadapi pilihanraya.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Datuk Seri Azalina Othman Said , Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang dikuatkuasakan bukanlah strategi kerajaan untuk menghadapi PRU14, sebaliknya, untuk perlindungan rakyat dan maslahah umum.

“Undang-undang ini bukan satu undang-undang yang menafikan hak untuk bersuara saya tekankan ianya untuk maslahah umum supaya rakyat dapat perlindungan.“Kalau kerajaan ada niat nak letakkan undang-undang ini sebagai undang-undang yang memberikan strategi PRU, beri kekuatan kepada kerajaan, kenapa perlu diberikan kuasa menentukan berita itu palsu atau tidak kepada mahkamah?”

Tambahnya, jikalau benar ianya untuk kepentingan politik kerajaan, sewajarnya kerajaan bawa undang-undang ini dan meletakkan menteri atau kerajaan, dan agensi sebagai kata putus berita itu benar atau tidak, dan bukannya mahkamah.

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI