SEBENARNYA:
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), mesej tersebut adalah palsu.
Dalam pada itu, turut juga tular nota suara WhatsApp yang mendakwa perkara yang sama.
Polis Pahang menafikan rakaman audio walkie talkie ‘polis’ berhubung arahan saman mandatori bagi kesalahan menaiki kenderaan lebih daripada seorang dan tidak memakai topeng muka semasa memandu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, tiada sebarang arahan berhubung perkara itu diterima setakat ini.
Menurutnya, penyebaran maklumat tidak benar itu boleh mengelirukan masyarakat dan ia perlu dihentikan segera.
“Apa yang diperkatakan bahawa saman mandatori RM300 bagi kesalahan menaiki kenderaan lebih daripada seorang dan RM200 bagi kesalahan tidak memakai penutup muka semasa memandu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan tidak benar.
“Pihak polis juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.”