Pengumuman Lapisan Kenaikan Pangkat Guru Adalah Janji Manifesto Kerajaan?

TULAR:
180

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan memperjelaskan dakwaan bahawa pengumuman Perdana Menteri mengenai lapisan baharu kenaikan pangkat DG56 di bawah Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah janji manifesto kerajaan menjelang pilihan raya, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Pengumuman lapisan kenaikan pangkat DG56 bagi pegawai kerajaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan janji manifesto, sebaliknya ia adalah satu tawaran yang dibuat Perdana Menteri selaku ketua eksekutif kerajaan.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pengumuman pengesahan itu adalah kerana keprihatinan Perdana Menteri tentang ramai kakitangan kerajaan khususnya guru yang terkepung di tangga gaji DG54 iaitu gred terakhir sebelum mereka melangkah ke Jusa C.

“Guru bermula dari DG41 bagi lulusan universiti hingga ke DG54. Terdapat kira-kira 450,000 guru dan lebih 300,000 adalah lulusan universiti. Bayangkan berapa banyak yang berada di DG54. Beliau (Perdana Menteri) melihat ramai terkepung di DG54, pada umur 53 tahun dapat DG54, perkhidmatan ada tujuh tahun, Jusa C tidak banyak, jadi selepas lima tahun mereka dapat DG56, lepas dua atau tiga tahun bersara dengan DG56.”

SUMBER:

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI