PENJELASAN:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan lebih lanjut berhubung isu pengundi yang terpaksa beratur panjang ekoran sebaran mesej yang menggesa pengundi keluar awal supaya tidak ada orang lain mengundi menggunakan nama mereka.
Menurut kenyataan SPR,
Keadaan ini berlaku ekoran pengundi keluar serentak dalam satu masa. Situasi ini dipercayai berlaku ekoran pengundi terpengaruh dengan mesej tular sebelum ini yang mengesa pengundi keluar awal supaya tidak ada orang lain mengundi menggunakan nama mereka.
SPR telah memaklumkan sebelum ini supaya pengundi merancang dan keluar mengundi secara berperingkat supaya tidak berlaku kesesakan dan terpaksa beratur panjang.
SUMBER: