Penipuan Deposit Pendaftaran Peniaga Berkaitan Sumbangan Rahmah (SARA)

TULAR:
3

SEBENARNYA

Menurut MyKasih Foundation:

Dimaklumkan bahawa terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai kakitangan Yayasan MyKasih bagi memperdaya bakal rakan niaga peruncitan supaya membuat bayaran deposit sebagai syarat untuk menyertai inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Kami ingin menegaskan bahawa tiada sebarang yuran atau caj dikenakan untuk menyertai, mendaftar atau melalui proses pendaftaran sebagai rakan niaga SARA.

Peniaga kedai runcit yang berminat untuk menyertai inisiatif SARA dinasihatkan untuk:

  1. Tidak membuat sebarang bayaran deposit kepada mana-mana pihak bagi tujuan proses pendaftaran.
  2. Menghubungi [email protected] untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan.
  3. Melaporkan sebarang permintaan bayaran yang mencurigakan kepada Yayasan MyKasih melalui [email protected].

Kami menyeru semua peniaga dan orang awam agar sentiasa berwaspada dan hanya merujuk kepada saluran komunikasi rasmi kami untuk mendapatkan maklumat:

  1. www.mykasih.com.my
  2. www.facebook.com/MyKasihFoundation

Maklumat rasmi mengenai inisiatif SARA boleh didapati di: https://sara.gov.my

Yayasan MyKasih memandang serius sebarang cubaan untuk memperdaya atau mengeksploitasi inisiatif SARA bagi tujuan penipuan dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan sekiranya perlu.

SUMBER:

Facebook Rasmi MyKasih Foundation


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI