
Menurut kenyataan media Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB):
SESB mengesahkan bahawa salah seorang kakitangan SESB telah terlibat dalam satu insiden di lapangan pada 16 September 2025. Difahamkan, mangsa dipercayai telah dihanyutkan arus deras ketika melaksanakan tugasan operasi.
Pasukan penyelamat bersama pihak berkuasa berkaitan telah digerakkan ke lokasi dan usaha pencarian sedang giat dijalankan. Keutamaan kami pada ketika ini adalah keselamatan serta kebajikan kakitangan yang terlibat, di samping memberikan sokongan penuh kepada keluarga mangsa.
Sabah Electricity akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam operasi ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa.
SUMBER:
Facebook Rasmi Sabah Electricity Corporate






