
Menurut kenyataan media Polis Daerah Kajang:
Pada 13/08/2025 jam lebih kurang 1158 hrs, Polis Daerah Kajang mengesahkan telah menerima panggilan kecemasan di pusat kawalan daerah daripada orang awam memaklumkan terdapat (1) seorang wanita telah memandu motokar dengan cuai dan melanggar (3) buah motosikal di kawasan lampu isyarat persimpangan jalan berhampiran sebuah pusat membeli belah di Bandar Kajang.
Suspek kemudian telah keluar dari motokar dan menyerang orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian dengan bersenjatakan sebilah pisau di tangannya. Hasil bantuan daripada orang awam, suspek (1) wanita bukan warganegara berumur 24 tahun dapat ditahan bersama (2) bilah pisau sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian ini terdapat (6) mangsa warga tempatan berumur diantara 21 hingga 60 tahun mengalami kecederaan akibat serangan tersebut dimana (2) daripada mangsa ditahan wad bagi pemeriksaan lanjut manakala (4) mangsa dirawat sebagai pesakit luar. Dalam kejadian ini juga terdapat (3) motosikal mengalami kerosakan akibat dilanggar. Suspek telah ditahan dan akan direman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada 14/08/2025. Motif kejadian masih dalam siasatan.
SUMBER:
Facebook Rasmi Polis Daerah Kajang






