Menurut Universiti Teknologi Mara (UiTM):
UiTM memaklumkan program yang berlangsung di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam itu melibatkan 2,447 pelajar semester pertama termasuk 34 pelajar bukan Islam daripada kursus Kokurikulum Kesatria Negara 1, Kembara 1 dan Pancaragam 1.
UiTM turut memaklumkan bahawa pelajar Islam mengikuti Ceramah Pengurusan Jenazah di ruang utama masjid manakala pelajar bukan Islam menghadiri Ceramah Etika Sosial yang berlangsung selama dua jam di Dewan Muktamar bermula 2.30 hingga 4.30 petang.
“Ceramah Etika Sosial bertujuan memberikan pemahaman tentang nilai etika dalam kehidupan bermasyarakat termasuk di rumah, tempat kerja dan ruang awam. Selepas sesi ceramah tamat, pelajar bukan Islam menikmati minum petang sebelum dibenarkan pulang.”
UiTM memaklumkan penggunaan lokasi melibatkan masjid dan Dewan Muktamar (terletak di dalam masjid) bertujuan mempermudah pengurusan, menjimatkan masa dan sumber logistik serta memastikan peserta dapat mengikuti aktiviti secara teratur tanpa gangguan.
“Namun, UiTM memandang serius kekeliruan yang timbul akibat isu komunikasi dan poster program. Pihak Pusat Kokurikulum akan mengkaji semula prosedur penganjuran program bagi memastikan pelaksanaannya lebih efisien pada masa depan.”
SUMBER: