Penjelasan Berhubung Pelaporan Rombakan Kabinet

TULAR:
110

Menurut YAB Perdana Menteri:

YAB Perdana Menteri menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya. Menjawab spekulasi tersebut, beliau sebaliknya menegaskan, beliau ‘tidak mendengar’ mengenai perkara tersebut.

Beliau mengulas mengenai dakwaan sebuah portal berita yang melaporkan kemungkinan rombakan Kabinet akan berlaku sekali lagi, iaitu kurang setahun selepas rombakan terakhir kepimpinan kerajaan.

Kali terakhir Jemaah Menteri dirombak adalah pada Disember tahun 2023, apabila bilangan menteri ditambah daripada 29 kepada 31.

SUMBER:

Astro Awani

Bernama

Berita Harian

Harian Metro

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI