Menurut Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):
Menurut Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, keadaan tersebut berlaku kerana kesan daripada tindakan menarik kepala ayam menggunakan mesin head puller hingga menyebabkan kulit lehernya tertarik panjang. Perkara ini telah menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.
Namun begitu, sebelum mesin head puller ini digunakan, haiwan tersebut telah disahkan tidak bernyawa dengan mengikut kaedah syarak. Mesin head puller ini pula digunakan sebelum ayam dibungkus dalam pembungkusan akhir.
SUMBER: