Penjelasan Berkenaan Produk “Ham and Cheese Sandwich” Yang Diragui Status Halal

TULAR:
380

Menurut Bahagian Hab Halal (JAKIM):

JAKIM telah melaksanakan pemeriksaan di lapangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari 2025 (Jumaat) yang lalu. Hasil pemeriksaan mendapati bahawa produk berkenaan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk tersebut bukan pemegang SPHM.

Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan tindakan undang-undang telah diambil oleh KPDN.

SUMBER:
Facebook Rasmi JAKIM

X Rasmi JAKIM

Instagram Rasmi JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI