Penjelasan berkenaan Proses Penjenamaan Baharu Lembaga TH

TULAR:
89

Menurut Lembaga Tabung Haji (TH):

TH ingin memaklumkan bahawa spekulasi jumlah perbelanjaan sebanyak RM20 juta bagi proses penjenamaan baharu “rebranding” adalah tidak benar. Isu ini telah dibangkitkan di dalam Parlimen dan penjelasan akan diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 18 Ogos 2025.

Dakwaan bahawa TH tidak perlu berusaha bagi memperkukuhkan jenamanya yang dikenali ramai setelah 60 tahun beroperasi juga adalah tidak tepat.

TH telah memperkukuhkan jenama beberapa kali sebelum ini dan ini merupakan pelaburan penting bagi mengubah minda dan menarik minat umat Islam untuk menabung secara sistematik untuk memenuhi syarat kemampuan menunaikan haji.

Peruntukan perbelanjaan bagi proses (Brand Rejuvenation) adalah RM2 juta setahun bagi tempoh 3 tahun.

Proses ini melibatkan tinjauan pasaran meluas dan proses libat urus bersama pihak pendeposit bagi memahami dengan lebih baik keperluan mereka dan TH mendapati perubahan demografi masyarakat Islam Malaysia mempunyai kesan yang amat ketara.

Lembaga Pengarah TH telah memutuskan untuk mengkaji semula strategi untuk kekal berdaya saing memberi perkhidmatan terbaik dan menarik minat lebih ramai umat Islam Malaysia yang lebih muda sebagai pendeposit.

SUMBER:

Facebook Rasmi TH

Instagram Rasmi TH

X Rasmi TH


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI