Berdasarkan semakan dan penelitian pihak MCMC, kandungan tersebut adalah kandungan lama yang ditularkan semula oleh pihak tidak bertanggungjawab, dan perkara ini telah disiasat oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2019.
Kenyataan PDRM berhubung perkara tersebut boleh dirujuk di pautan berikut:
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi atau membuat kenyataan berunsur perkauman yang boleh menjejaskan ketenteraman awam ataupun menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
SUMBER:
Facebook Rasmi Polis KL
Berita Harian
Sinar Harian