Penjelasan Masalah Teknikal Sistem Terminal MyKasih Pada Hari Pertama Penyaluran Penghargaan SARA

TULAR:
110

Menurut Kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

Pihak Kementerian Kewangan dan MyKasih memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami para pengguna Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada 31 Ogos 2025.

Susulan jumlah transaksi yang sangat tinggi sempena hari pertama penyaluran Penghargaan SARA, sistem terminal MyKasih telah mengalami kelewatan pemprosesan transaksi susulan lonjakan volum pembelian.

Pembelian masih boleh dilakukan, namun sebahagian premis runcit mungkin menghadapi kesukaran untuk memproses transaksi akibat permintaan sistem yang terlalu tinggi.

Pasukan teknikal MyKasih kini sedang giat menyelesaikan isu ini. Kami menjangkakan sistem akan kembali beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat.

Sumber:

Facebook MOF

Instagram MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI