
SEBENARNYA:
Menurut Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN):
MTEN mengesahkan bahawa penghantaran sebanyak 329,000 tong diesel ke Filipina baru-baru ini bukan berasal dari Malaysia seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pasukan Pengurusan Krisis MTEN menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan sentiasa merujuk kepada sumber rasmi kerajaan untuk mendapatkan maklumat yang tepat.
Sebelum ini, media Filipina melaporkan bahawa kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia telah dihantar ke negara tersebut bagi menambah bekalan bahan api susulan ketidaktentuan pasaran global.
Menurut laporan berkenaan, penghantaran itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Filipina untuk memperkukuh bekalan domestik, selepas menerima 142,000 tong atau 22.578 juta liter diesel dari Jepun pada 26 Mac.
SUMBER:






