Penjelasan Paparan Graf Penggunaan Elektrik Bulan Julai 2025 Dalam Aplikasi myTNB

TULAR:
1015

Menurut TNB CareLine:

TNB ambil maklum sedang tular di sosial media bahawa sesetengah pelanggan mungkin melihat graf penggunaan kWh bulan Julai yang tinggi dalam aplikasi myTNB.

Atas isu teknikal, terdapat ralat yang menyebabkan paparan graf penggunaan bulan Julai tidak tepat dan graf tersebut tidak dipaparkan buat sementara waktu.

TNB ingin memberi jaminan bahawa bacaan penggunaan bulan Julai tidak terjejas. Pelanggan boleh menyemak bil muktamad selepas tempoh pengebilan.

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB CareLine

X Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI