Penjelasan Pelepasan Kontena Tidak Mengikut Prosedur

TULAR:
26

Menurut kenyataan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM):

Pada 20 Oktober 2024, isu tular di salah satu platform media, membabitkan sebuah kontena bernombor WHSU5300666 yang dikatakan membawa muatan dagangan rokok telah dilepaskan atas arahan KPK yang melibatkan Kerabat Diraja DYMM Sultan Perak. Sehubungan itu, JKDM ingin membuat penafian berhubung tohmahan yang telah dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan rekod JKDM, dagangan yang dibawa telah melalui proses kerja dan prosedur yang ditetapkan oleh JKDM. Rekod imej mesin pengimbas dan pemeriksaan fizikal yang dilakukan terhadap kontena tersebut telah mengesahkan bahawa maklumat barang dagangan di dalam manifest dan Borang K1 adalah sama seperti diikrarkan iaitu beg bagasi. Pengikraran yang dilakukan adalah mematuhi kehendak Seksyen 79 Akta Kastam 1967. Pengimport juga telah membayar Cukai Jualan Import dan dagangan dilepaskan dari kawalan Kastam.

JKDM juga menafikan bahawa pegawai-pegawai telah menerima arahan dari KPK untuk tidak mengenakan duti / cukai atau melepaskan dagangan yang diimport tanpa dikenakan cukai. JKDM ingin menegaskan bahawa kuasa untuk mengecualikan /melepaskan mana-mana orang dari membayar duti / cukai di bawah mana-mana akta tadbiran JKDM adalah kuasa Menteri Kewangan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKDM

Facebook Rasmi KPK

Instagram Rasmi JKDM

TikTok Rasmi JKDM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI