
Menurut Kenyataan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO):
PERKESO memperjelas keperluan baharu di bawah pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bagi memastikan semua proses makluman kekosongan jawatan dilaksana secara teratur, telus dan tidak membebankan majikan.
Pelaksanaan berfasa, pendidikan pematuhan serta moratorium selama dua tahun diberikan bagi membantu industri terutama PKS dan perusahaan mikro dalam menyesuaikan diri dengan keperluan baharu ini.
Pindaan ini bukan bertujuan menghukum, tetapi memperkukuh ekosistem pekerjaan negara melalui:
✔️ Padanan kerja yang lebih tepat antara majikan dan pencari kerja
✔️ Pengurangan kos pengambilan pekerja
✔️ Data pasaran buruh yang lebih tepat untuk perancangan dasar negara
✔️ Akses peluang pekerjaan yang lebih telus untuk rakyat Malaysia
PERKESO kekal komited menyokong majikan dan melindungi pekerja melalui sistem yang lebih responsif, inklusif dan berkesan demi pembangunan pasaran kerja Malaysia.
SUMBER:






