Menurut Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):
Tular sebuah video yang dimuat naik di media sosial berkenaan status halal produk ayam jenama Lotus’s.
Video tersebut adalah hasil gabungan beberapa klip video, termasuk gambaran di satu lokasi ternakan ayam yang tidak diketahui. Klip video tersebut turut disunting bersama rakaman lain yang pernah tular sebelum ini, termasuk dakwaan bahawa produk ayam tersebut tidak halal kerana dikhuatiri tidak disembelih mengikut syarak.
Untuk makluman, isu berkaitan penggunaan mesin head puller yang dikatakan menyebabkan kulit leher ayam tertarik panjang sehingga menimbulkan keraguan telah dijelaskan oleh pihak JAKIM.
Artikel terdahulu 1 Disember 2024