PENJELASAN:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan memperjelaskan laporan bahawa penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) akan mengganggu bidang tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sepertimana yang dilaporkan oleh media.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan menegaskan, penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) tidak mengganggu bidang tugas institusi bebas lain termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sambil mempertahankan penubuhan jabatan baharu itu, beliau berkata, kewujudannya bagi menerajui transformasi dalam kalangan penjawat awam, memacu perubahan polisi di samping memperkasakan sektor awam.
“Jabatan ini tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi atau memberi arahan bukan sahaja kepada SPRM malahan institusi bebas lain seperti Institut Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).”
SUMBER: