Penularan Amaran Rompakan Dua Individu Menyamar Sebagai Pegawai KDN Untuk Bancian Adalah Tidak Benar dan Ditularkan Semula

TULAR:
5529

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN):

KDN mendapati bahawa terdapat penularan video menerusi media sosial yang memaparkan dua orang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai KDN lalu mengunjungi rumah orang ramai bagi melakukan kerja-kerja persediaan bancian seperti mengambil gambar, mengambil cap ibu jari, meminta maklumat peribadi dan sebagainya. Untuk makluman, semakan mendapati bahawa video yang telah tular tersebut merupakan video lama yang telah ditularkan semula.

KDN ingin menafikan bahawa individu dalam video tersebut merupakan pegawai daripada KDN mahupun daripada mana-mana jabatan atau agensi KDN. Kegiatan individu tersebut merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan berniat jahat serta merupakan suatu bentuk jenayah terancang dengan modus operandi untuk memperdayakan masyarakat luar bandar.

Artikel terdahulu :

  1. Mesej Amaran Rompakan Berkumpulan Yang Menyamar Sebagai Pegawai Jabatan Dalam Negeri Untuk Semak ID Bagi PRU?

SUMBER:

Facebook Rasmi KDN

X Rasmi KDN

Instagram Rasmi KDN

TikTok Rasmi KDN

Telegram Rasmi KDN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI