Permohonan KADS1M Bank Rakyat Bagi 2018 Telah Dibuka?

TULAR:
3804

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan  kononnya permohonan Kad Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi 2018, sudah dibuka.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Bank Rakyat menafikan notis yang tular di media sosial yang mendakwa permohonan KADS1M bagi tahun 2018 telah dibuka.

Notis tersebut adalah tidak tepat dan pelanggan dinasihatkan agar tidak terus berkongsi maklumat tersebut untuk mengelakkan kekeliruan kepada pelanggan lain.

Pelanggan juga dinasihatkan untuk membuat pengesahan menerusi pusat panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 atau laman web rasmi Bank Rakyat sekiranya menerima sebarang notis yang mencurigakan.

SUMBER :

Facebook Bank Rakyat

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI