PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya berlaku kelewatan dalam memberi rawatan kepada pesakit di sebuah klinik kesihatan di Bukit Selambau, Kedah.
SEBENARNYA:
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menafikan berlakunya kelewatan dalam memberi rawatan kepada pesakit di sebuah klinik kesihatan di Bukit Selambau, Kedah.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata melalui siasatan pihaknya, tempoh masa bagi proses pendaftaran, menunggu dan rawatan bagi kecederaan ibu jari kaki kiri yang diberikan terhadap pesakit terbabit adalah kira-kira 40 minit.
Beliau berkata, tempoh masa itu tidak melanggar piagam pelanggan yang dinyatakan melalui semua klinik kesihatan bahawa masa menunggu bagi kes baharu ialah 60 minit.
SUMBER :