SEBENARNYA:
Menurut siaran media Hospital Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh:
HRPB mendapati bahawa terdapat penularan berita menerusi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp mengenai seorang pesakit perempuan yang didakwa positif virus COVID-19 telah melarikan diri daripada hospital. Pihak hospital ingin menafikan penularan berita tidak benar tersebut.
Semakan mendapati tiada pesakit seperti yang ditularkan tersebut di hospital ini.