PALSU:
Tular di media sosial sebuah mesej yang kononnya menggesa orang ramai agar berhati-hati ketika berhadapan dengan sekatan jalan raya oleh pihak polis kerana dikhuatiri akan diperangkap dengan cara meletakkan paket berisi dadah di bahagian but kenderaan.
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM):
PDRM telah mengesan sebaran mesej melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp yang menggesa orang ramai agar berhati-hati ketika berhadapan dengan sekatan jalan raya oleh pihak polis kerana dikhuatiri akan diperangkap dengan cara diletakkan paket berisi dadah di bahagian but kenderaan.
Hasil semakan mendapati mesej yang ditularkan tersebut adalah TIDAK BENAR dan ia sebenarnya dikesan mula tular pada awal bulan Oktober 2018 lalu di Chenai, India.
SUMBER: