PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya ibu pejabat polis Bukit Aman telah mengeluarkan amaran berkenaan perbuatan pengganas Daesh menyuntik virus HIV ke badan orang ramai dengan menyamar sebagai wakil kolej perubatan.
Versi Terkini. Tular: November 2018
Versi Terdahulu. Tular: Mac 2018
Versi Terdahulu. Tular: Disember 2017
SEBENARNYA:
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menafikan ibu pejabat polis Bukit Aman ada mengeluarkan amaran tentang perbuatan pengganas Daesh menyuntik virus HIV ke badan orang ramai.
Ia kononnya dilakukan dengan mereka menyamar wakil dari kolej perubatan yang melakukan ujian gula dalam darah secara percuma.
“Bukit Aman tidak pernah mengeluarkan mesej sedemikian. Saya harap orang ramai tidak percaya dengan mesej itu.”
SUMBER:
Facebook Polis Diraja Malaysia
MStar
New Straits Times