Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC):
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menegaskan, sebuah poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan hashtag #SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter, bukan dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya.
Poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi fakta kesalahan yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas mereka yang melanggar amaran berkenaan.