Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL):
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa HASiL akan mengeluarkan Resit Rasmi dengan format baharu sebagai bukti terimaan bayaran cukai yang dibuat secara manual di kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kuala Lumpur (PPTHKL) mulai 20 Januari 2025.
Selaras dengan penggunaan e-Perkhidmatan secara mandatori bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan oleh HASiL secara dalam talian mulai 1 Januari 2024, jenis bayaran cukai secara manual yang diterima di PPTHKL kini terhad seperti yang berikut:
- Bayaran kompaun; dan
- Cukai pendapatan (menggunakan kad debit / kad kredit yang dikeluarkan di Malaysia)
Oleh itu, PPTHKL akan mengeluarkan Resit Rasmi Asal dan Salinan dalam format baharu kepada pembayar cukai bagi kedua-dua jenis terimaan bayaran di atas.
Bagi bayaran selain darpada yang tersenarai di atas, salinan Resit Rasmi juga boleh
diperoleh menerusi kaedah-kaedah berikut:
- Portal MyTax melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ByrHASiL;
- Portal perbankan intemet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL;
- Kaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan HASIL;
- Mesin deposit tunai bank yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL; dan
- Mesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan HASIL.
Pembayar cukai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan format Resit Baharu menerusi menu Panduan Pengguna > FAQ Format Baharu Resit Rasmi LHDNM yang telah dimuat naik pada portal My Tax di https://mytax.hasil.gov.mv/ .
Sebagai maklumat tambahan, pada masa ini salinan Resit Rasmi bagi bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah boleh didapatkan di bawah paparan e-Lejar, manakala Salinan Resit Rasmi bagi Potongan Cukai Bulanan dan Cukai Pegangan pula boleh diperoleh di bawah paparan Penyata Bayaran.
SUMBER:
Facebook Rasmi LHDN