PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula yang mendakwa kononnya roti produk Massimo keluaran Syarikat The Italian Baker mengandungi DNA babi.
Versi Terkini. Tular: Julai 2018
Versi Terdahulu. Tular: Januari 2017
SEBENARNYA:
Bahagian Hab Halal JAKIM melalui kenyataan di media sosial menafikan perkara tersebut.
Produk Massimo keluaran Syarikat The Italian Baker Sdn Bhd adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan tarikh luput SPHM tersebut masih sah sehingga kini.