Program Latihan Khidmat Negara Seperti ‘Kem Percutian’?

TULAR:
1162

PENJELASAN :

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memperjelaskan dakwaan bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berfungsi seperti “kem percutian”.

Sumber gambar : Facebook

JLKN menyangkal kenyataan  yang mendakwa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seperti “kem percutian” dan gagal melahirkan belia patriotik.

Menurut Ketua Pengarah JLKN, Datuk Mohmed Asri Yusof, pihaknya sudah melaksanakan Makmal Transformasi PLKN pada 2015 bagi mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan berhubung transformasi terhadap program berkenaan.

“Kita mendapatkan pelbagai pandangan antaranya daripada agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pemain industri, golongan muda, operator kem, alumni dan jurulatih PLKN serta golongan ibu bapa.”

SUMBER:

Kosmo 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI