Projek Pelabuhan Darat Perlis (PIP) Yang Menelan Kos Lebih RM1 Bilion Merupakan Pelaburan Negara China?

TULAR:
83

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa projek-projek mega di Malaysia termasuk pembangunan Pelabuhan Darat Perlis (PIP) yang menelan kos lebih RM1 bilion, kononnya merupakan pelaburan negara China.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, dakwaan bahawa projek-projek mega di Malaysia termasuk pembangunan Pelabuhan Darat Perlis (PIP) yang menelan kos lebih RM1 bilion, kononnya merupakan pelaburan negara China adalah tidak benar.

“PIP adalah sebahagian komponen projek pembangunan Kawasan Industri Lembah Chuping (CVIA) membabitkan kerjasama syarikat Menteri Besar DiPerbadankan (MBI) dengan sebuah syarikat Bumiputera yang disenarai di Bursa Malaysia. Syarikat ini akan membiayai sendiri projek tersebut.”

SUMBER:

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI