PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa proses pembayaran MyKad naik. Dikatakan harga proses bayaran MyKad naik dari RM 10 sehingga RM 50.
SEBENARNYA :
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menegaskan bahawa hebahan maklumat di media sosial berkaitan bayaran proses MyKad yang dinaikkan dari RM10.00 ke RM50.00 adalah tidak benar.
JPN menyatakan, “Sehingga kini tiada sebarang perubahan bayaran dikenakan ke atas permohonan MyKad.”
SUMBER :
Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara