PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa pinjaman PTPTN akan dimansuhkan.
Sumber gambar: Blog Melayu Terkini
SEBENARNYA :
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mengenai pemansuhan pinjaman kewangan melalui sepucuk surat yang kemudiannya dimuat naik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke laman sosial baru-baru ini.
Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sehingga kini setiap dasar, polisi serta keputusan berkaitan PTPTN tidak pernah dilakukan menerusi medium sosial atau pun melalui mana-mana saluran yang tidak rasmi.