PENJELASAN:
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memperjelaskan dakwaan kononnya kerajaan telah menerima tawaran negara China membina Pusat Tindak Balas Perisikan Wilayah di Johor, yang dikatakan dilengkapi radar pengawasan dan sistem peluru berpandu.
Menurut Datuk Seri Hishammuddin, tiada sebarang pembincangan tentang pembinaan pusat risikan tersebut itu dalam agenda kementeriannya, termasuk sebarang bentuk forum.
“Perkara ini tiada dalam pengetahuan kementerian, malah tidak pernah dibincangkan dalam sebarang bentuk forum dan kementerian tidak berhasrat membina pusat sedemikian (Pusat Tindak Balas Perisikan Wilayah dilengkapi radar pengawasan dan sistem peluru berpandu).”
SUMBER :