PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran puting beliung dijangka berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 27,28,29 dan 30 Oktober 2014.
SEBENARNYA :
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan ia mengeluarkan amaran puting beliung dijangka berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) jabatan itu Alui Bahari berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan maklumat itu, yang kini tersebar dalam media sosial.
SUMBER :