Raja Muda Selangor Tukar Agama?

TULAR:
1344

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah memeluk agama Kristian Katolik dan meninggalkan Islam.

Sumber gambar: facebook.com

SEBENARNYA :

Dewan Diraja Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah menukar agama.

Dewan Di­raja Selangor berpendapat dan merumuskan bahawa kenyataan tersebut berbaur hasutan dan mempunyai unsur-unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor.

SUMBER :

Berita Harian

Sinar Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI