PALSU:
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa terdapat rakaman sebuah video seorang wanita berusia sedang mendera seorang wanita muda yang dipercayai pembantu rumah warga Indonesia, Adelina Lisao yang meninggal dunia akibat didera majikannya.
SEBENARNYA:
Polis mengesahkan rakaman video menunjukkan seorang wanita berusia sedang mendera seorang wanita muda yang tular di media sosial tiada kaitan dengan kes pembantu rumah warga Indonesia, Adelina Lisao, 26, yang meninggal dunia pada 11 Februari lalu akibat didera majikannya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, polis juga tidak menjalankan siasatan mengenai video tersebut kerana tiada sebarang kesahihan mengenai lokasi kejadian itu berlaku.
SUMBER:
Facebook Polis Diraja Malaysia