Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara:
Pada 24 Oktober 2024 telah tular kembali satu rakaman video berdurasi 6 saat di media sosial berkenaan satu kejadian penderaan terhadap seorang kanak kanak warga tempatan. Hasil semakan mendapati video tersebut adalah berkaitan dengan satu kes yang telah disiasat oleh pihak polis sebelum ini.
Pada 27 Februari 2023 jam lebih kurang 2.20 petang, pihak polis dari Bahagain Siasatan Jenayah Daerah Seberang Perai Utara telah menerima satu laporan polis berkenaan penderaan ke atas seorang kanak-kanak warga tempatan berusia tiga (3) tahun.
Tangkapan ke atas suspek telah dibuat iaitu bapa kandung mangsa satu lelaki warga tempatan kes ini diklasifikasikan sebagai Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak. Dalam kejadian ini, suspek telah dituduh di bawah Seksyen dan Akta yang sama pada 04 April 2023 di Mahkamah Butterworth dan telah dijatuhkan hukuman pada 25 Julai 2023 iaitu denda RM12,000.00 jika gagal bayar penjara selama 6 bulan dan dikenakan bon berkelakuan baik dengan jaminan RM5,000.00 serta pengawasan selama 2 tahun.
SUMBER:
Facebook Rasmi IPD Seberang Perai Utara