PALSU:
Tersebar luas di media sosial dakwaan kononnya kes pukul hingga mati remaja berusia 16 tahun telah berlaku di daerah Tangkak, Johor.
SEBENARNYA:
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak menafikan kes pukul hingga mati remaja berusia 16 tahun berlaku di daerah tersebut.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, kes berkenaan terjadi di Melaka Tengah dan polis Melaka kini masih menjalankan siasatan berhubung punca kematian remaja tersebut.
SUMBER :