PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa ribuan hektar tanah di Bentong dan Raub telah dijual kepada warga China bagi tujuan penanaman durian Musang King.
SEBENARNYA:
Kerajaan Pahang menafikan dakwaan bahawa ribuan hektar tanah di Bentong dan Raub telah dijual kepada warga China bagi tujuan penanaman durian Musang King.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata kerajaan negeri tidak pernah meluluskan permohonan menukar hak milik tanah kepada bukan warganegara.
“Dasar kerajaan negeri adalah kita tidak meluluskan permohonan tanah kepada warga asing, apatah lagi jika ia melibatkan tanah untuk tujuan pertanian. Bukan setakat tanah, malah untuk pemilikan harta jenis ‘landed property’ (kediaman di tanah) juga tidak diluluskan kepada warga asing.”