PALSU :
Tular di media sosial satu dakwaan kononnya terdapat makluman dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengatakan ribut kuat bakal melanda Klang pada 13 Oktober 2014.
SEBENARNYA :
Jabatan Meteorologi meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin mengenai ribut kuat yang dikatakan akan melanda Klang pada jam 12 tengah malam, 13 Oktober 2014 seperti yang dikhabarkan melalui media sosial.
SUMBER :
Jabatan Meteorologi Malaysia