PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di Malaysia akan ditempatkan di Bau dan Serian, Sarawak.
SEBENARNYA :
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di Malaysia tidak akan dihantar ke Bau dan Serian di Sarawak seperti yang ditularkan melalui media sosial.
Beliau dalam kenyataannya berkata, jaminan itu diberikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan berkata isu pelarian Rohingya akan dihantar ke Sarawak adalah palsu.