SEBENARNYA:
Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef Malaysia) memaklumkan bahawa nama channel rasmi telegram Kementerian Pertahanan adalah “MINDEF UPDATE” yang boleh disertai di pautan berikut:
https://t.me/joinchat/AAAAAFetrMrsJc2uFaY0AA
Sehubungan itu, channel telegram selain nama di atas yang menggunakan nama Mindef atau Kementerian Pertahanan adalah bukan rasmi dan tiada kaitan dengan pihak Kementerian.
SUMBER:
Facebook Rasmi MinDef Malaysia