SEBENARNYA:
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):
‘Sijil’ yang sedang ditularkan adalah palsu.
Ianya telah diubah suai dan bukan sijil rasmi yang dikeluarkan oleh JPN. Nombor kad pengenalan yang tertera juga didapati tidak wujud dalam sistem JPN.
Sijil Kewarganegaraan yang dikeluarkan oleh JPN mempunyai beberapa ciri keselamatan termasuk nombor siri, pelekat hologram, benang keselamatan dan barkod.
Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan adalah untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia oleh mereka yang berumur di bawah 21 tahun dalam keadaan khas.