Sebaran Maklumat Berkaitan Produk Alkohol Termasuk Barangan Bantuan SARA Adalah Tidak Benar

TULAR:
102

SEBENARNYA:

Menurut Kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

Berhati-hati dengan mesej palsu yang tular di media
sosial berhubung Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Jangan mudah terpedaya!

Barangan yang boleh dibeli menggunakan SARA adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Telur
  • Roti
  • Minyak masak
  • Biskut
  • Mi segera
  • Tepung
  • Minuman (susu, teh, kopi)
  • Bahan perasa (sos, kicap, gula, garam)
  • Makanan dalam tin (sardin, tuna)
  • Produk penjagaan diri (ubat gigi, tuala wanita, sabun)
  • Ubat-ubatan diluluskan KKM
  • Keperluan sekolah (pakaian seragam, kasut, beg sekolah, alat tulis)
  • Barangan kebersihan rumah (sabun pencuci baju, pinggan mangkuk, lantai)

SUMBER:

Facebook MOF

Instagram MOF

X Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI