Sebaran Poster “New: Malaysia Passport & MyKad 2026” Di Media Sosial Adalah Tidak Benar

TULAR:
9

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM):

JIM mengambil perhatian serius mengenai penyebaran poster bertajuk “New: Malaysia Passport & MyKad 2026” yang mengaitkan laman web rasmi JIM sebagai rujukan dan kini tular di media sosial.

Dimaklumkan bahawa poster tersebut bukan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan kandungan serta maklumat yang disampaikan adalah tidak sahih serta tidak mewakili sebarang pengumuman rasmi JIM.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan dan sentiasa merujuk kepada saluran rasmi JIM bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih berkaitan pasport Malaysia atau sebarang pengumuman dasar.

Sebarang perkembangan rasmi akan dimaklumkan melalui laman web serta platform media sosial rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

SUMBER:

Facebook Rasmi JIM

Instagram Rasmi JIM

X Rasmi JIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI