
SEBENARNYA:
Menurut Kementerian Kewangan (MOF):
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan penyebaran maklumat palsu berkaitan semakan keputusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di media sosial.
Jangan klik sebarang pautan mencurigakan — ia berkemungkinan besar adalah cubaan penipuan (scam).
Untuk makluman, Kementerian Kewangan tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga sebagai perantara bagi pengurusan atau semakan bantuan kerajaan.
SUMBER:
Facebook Rasmi MOF






