PALSU :
Tular di media sosial dakwaaan bahawa sempadan Malaysia-Thailand kini dibuka selama 24 jam dan kononnya kabinet meluluskan pelaksanaan sempadan di Bukit Kayu Hitam di Kedah dibuka 24 jam.
SEBENARNYA :
Jabatan Imigresen Perlis menafikan bahawa berita pusat pemeriksaan di sempadan Padang Besar ke Thailand akan dibuka 24 jam. Pengarah Imigresen Perlis Mohd Amir Othman memberitahu bahawa maklumat yang sedang viral itu tidak benar.
Orang ramai boleh menyeberang sempadan itu, iaitu di pintu masuk utama ke Thailand setiap hari dari jam 6 pagi hingga 10 malam.
SUMBER :