
Menurut Kenyataan Media Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB):
KTMB menyambut baik kenyataan YB Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, bahawa semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk tren dan stesen KTMB akan beroperasi seperti biasa pada 26 Julai 2025 (Sabtu).
Selaras dengan saranan tersebut, KTMB memberi jaminan bahawa semua perkhidmatan tren KTM Komuter dan ETS akan beroperasi mengikut jadual asal seperti biasa. Keutamaan KTMB adalah untuk memastikan perjalanan pengguna berjalan lancar dengan selamat dan selesa.
Bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih teratur, KTMB menasihatkan pengguna agar:
- Merancang perjalanan lebih awal dengan menyemak jadual terkini di laman sesawang rasmi KTMB
- Mematuhi arahan kakitangan serta pengumuman di stesen bagi memastikan pergerakan lancar dan keselamatan bersama;
- Menggunakan aplikasi KTM Mobile (KITS) bagi kemudahan pembelian tiket dan semakan jadual semasa di MyRailtime; dan
- KTMB juga menggalakkan pengguna untuk membuat pembayaran tiket secara tanpa tunai (cashless) melalui kad debit/kredit, e-dompet dan Touch ‘n Go untuk perjalanan yang pantas dan selesa.






