PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya serbuk kari jenama Baba’s dan Alagappa’s mengandungi ramuan yang tidak sewajarnya.
Versi Terkini. Tular: Oktober 2017
Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2016
SEBENARNYA:
Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan maklumat yang tersebar berkenaan serbuk kari jenama Baba’s dan Alagappa’s mengandungi ramuan yang tidak sewajarnya adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Menurut JAKIM, untuk makluman pengguna, kedua-dua produk tersebut merupakan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.
SUMBER: